Motosikal dari dulu hingga kini menampakkan banyak perubahan dan peningkatan yang mengikut peredaran dan perkembangan teknologi permotoran.
Dahulu motosikal dibuat boleh dikatakan keseluruhannya dari besi atau boleh dikatakan 90% dari besi dan begitu tahan sekali. Mungkin disebabkan di zaman dulu pun jalannya tidak seelok masa kini dengan kebanyakkannya jalan bertar. Dahulu jalannya banyak menggunakan tanah merah dan memerlukan kenderaan yang sesuai dengan zamannya serta bahan besi mungkin masih murah kalau dibandingkan sekarang.
Dahulu untuk menghidupkan engine starter kick disediakan dan sedikit tenaga kaki diperlukan. Jika motonya berkuasa besar maka starter kick nya pun memerlukan teknik tertentu untuk menghidupkan engine nya. Semuanya bergantung kepada CC moto tersebut.
Pendik kata bermotosikal di zaman dahulu banyak manual dari automatik dan lebih menggunakan tenaga serta tahan lasak buatannya. Kini motosikal lebih automatik dan lebih maju serta ringan apabila banyak bahan digunakan untuk membuat motosikal ada dari bahan ringan......hanya pandang saya sahaja.
sekarang moto direka utk ringan supaya jimat minyak, minyak bahan mentah dah mahal harganye ... :) ustaz versys 1000
ReplyDelete