Kedua-dua moto yang masih ku miliki dan itu saja yang termampu sentiasa menjadi kepuasan diri. Ada juga yang berminat ingin memiliki moto lama ku ini namum baktinya terhadap tuannya banyak sekali sehinggakan tak sanggup untuk melepaskannya. Tersimpan lah kedua-duanya yang sentiasa bersedia untuk memenuhi hajat tuannya.
Thursday, 13 September 2012
Asset moto yang masih ada lagi
Wednesday, 12 September 2012
Kenangan Ride
Banyak kenangan ride bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. Sebut saja tempatnya dan bila berkelapangan semuanya jadi saja. Setiap ride tidak sama pengalamannya walaupun destinasi sama. Menunggang motor ni rasanya belum pernah rasa mengangatuk atau rasa nak tidur semasa ride. Mungkin minat mengatasi segalanya
Monday, 10 September 2012
Seronok bermotosikal semasa remaja
Bermotosikal bersama rakan-rakan semasa remaja menyeronokkan sambil sama-sama menjalankan aktiviti termasuk aktiviti memancing di tepi pantai. Pantai didalam gambar ini sudah tiada lagi disebabkan hakisan oleh ombak China Selatan yang begitu kuat tarikan arusnya. Gambar bersama motosikal Honda C70 beserta pantai Sabak yang tiada lagi tu banyak membawa kenangan manis. Semoga rakan-rakan remaja ku ini beroleh kebahagiaan bersama keluarga.
Friday, 7 September 2012
Minat sejak kecil
Minat terhadap moto adalah dari dibangku sekolah rendah lagi bila duduk dengan bapa saudara sebelah bapa ku dan bila dah ada lesen ini lah moto pertama ku Honda C70.....tiap malam selama seminggu tengok moto dulu sebelum tidur dan kini moto tu tinggal kenangan manis
Thursday, 6 September 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)







