
Semasa zaman sekolah dulu moto besar tidak banyak kelihatan di jalan raya cuma paling besar hanya lah 250CC. Sebagai penunggang Honda Cup70 ketika itu kalau selisih dengan moto yang keupayaannya 125CC pun dah cukup terasa seronok rasanya. Namun sebagai anak muda yang berminat dengan moto berkuasa tinggi minat itu dismpan didalam hati. Berkat Visi dan Misi semasa belajar dulu untuk memiliki moto berkuasa tinggi akhirnya tercapai jua. Sokongan orang tua yang sentiasa galakkan anaknya maju dalam apa jua niat yang baik akhirnya sampai jua hajat dan hingga kini moto tersebut masih dalam simpanan.
Kedua-dua moto yang masih ku miliki dan itu saja yang termampu sentiasa menjadi kepuasan diri. Ada juga yang berminat ingin memiliki moto lama ku ini namum baktinya terhadap tuannya banyak sekali sehinggakan tak sanggup untuk melepaskannya. Tersimpan lah kedua-duanya yang sentiasa bersedia untuk memenuhi hajat tuannya.
No comments:
Post a Comment