Monday, 10 September 2012

Seronok bermotosikal semasa remaja

Bermotosikal bersama rakan-rakan semasa remaja menyeronokkan sambil sama-sama menjalankan aktiviti termasuk aktiviti memancing di tepi pantai. Pantai didalam gambar ini sudah tiada lagi disebabkan hakisan oleh ombak China Selatan yang begitu kuat tarikan arusnya. Gambar bersama motosikal Honda C70 beserta pantai Sabak yang tiada lagi tu banyak membawa kenangan manis. Semoga rakan-rakan remaja ku ini beroleh kebahagiaan bersama keluarga.

1 comment:

  1. mantap la kenangan lama nie, sentimental habis ..... ustaz versys 999+1

    ReplyDelete