Sunday, 30 September 2012

Z1000SX ke Tanjung Malim

Pada Ahad yang lepas 30/09/2012, kami seramai 12 riders telah menunggang secara santai ke Tangjung Malim dengan bermula di R&R Sungai Buluh. Seawal jam 8 pagi, seorang demi seorang telah mula sampai dan kami berbincang laluan yang akan dilalui.

Jam 9 pagi selepas berdoa serta setelah mengisi minyak kami telah mula bergerak ke Tanjung Malim dengan tujuan minum pagi disana dan sama-sama meraikan rakan kami yang baru memiliki Z1000SX. Cuaca baik sekali dengan tidak terlalu panas serta engin motor pun turun tidak berapa panas seperti menunggang diwaktu tengahari.

Setelah selesai bersarapan pagi di Tanjung Malim, kami bertolak balik ke KL melalui jalan lama ke Ulu Yam dimana diperjalanan tersebut banyak pokok dikiri dan kanan jalan menyebabkan menunggang motor agak selesa.

Allhamdulillah kami semua selamat pulang kerumah masing-masing dengan tiada perkara yang tidak diingini berlaku







Wednesday, 26 September 2012

Moto baru rider lama

Keseronokkan terasa bukan saja oleh tuannya tetapi rakan-rakan yang selalu bersama menunggang motosikal. Moto yang di maksudkan Kawasaki Z1000SX.

Moto yang menjadi idaman sesetengah penunggang begitu menyerlah dan nampak kemas serta berkuasa tinggi. Ini secara langsung menambahkan lagi seri apabila berkonvoi bersama di mana pelbagai moto ditunggang bersama

Sunday, 23 September 2012

RC8 KTM motor idaman

Hari ini kami berpeluang untuk melihat dan menunggang bersama motosikal baru milik rakan iaitu motosikal KTM RC8 yang begitu menarik sekali. Beberapa  motor ikut bersama-sama ke Port Dickson untuk "santai Ride" bagi meraikan motor baru tersebut. Motor tersebut menjadi perhatian kepada yang meminati permotoran kerana motosikal tersebut tidak banyak berada di atas jalan.


Ujian ketahanan tunggang ke Phuket

Pernah kami menunggang motosikal kami ke Puket sejauh hampir 1000 KM satu hala dan sampai dalam hari yang sama. Kami bertolak dari R&R selepas Sungai Buluh seawal  jam 4 pagi setelah semua berkumpul dan menunggu rakan-rakan yang lain. Dalam keadaan gelap awal pagi kami beramai menunggang ke sempadan Malaysia -Thailand.

Setelah selesai dan melintasi sempadan kami berhenti makan dan solat sebelum menyambung perjalanan. Dengan hanya berhenti untuk mengisi minyak dan sedikit rehat kami sampai di Krabi jam 7 malam untuk berhenti makan dan solat. Kami teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi jam 1 pagi.

Satu perjalan yang menyeronokkan yang mengatasi penat serta ketahanan diri teruji.

Disertakan sedikit photo kenangan yang sentiasa dalam lipatan sejarah kami











Tuesday, 18 September 2012

Ride hujung minggu Hari Malaysia

Hari Ahad lepas bersempena Hari Malaysia saya bersama beberapa rakan telah menghabiskan sedikit masa ride bersama. Destinasi kali ini Nasi Lemak Karak yang biasanya kalau ride mesti ada destinasi serta tujuannya.

Kami berkumpul di BHP selepas Toll Gombak menghala ke Timur. Setibanya kami disana hujan renyai-renyai dan terpaksa kami tunggu hingga hujan reda. Dalam masa terluang itu dapatlah kami berbual sesama sendiri serta dapatlah juga kenalan baru dari bikers yang sama-sama tunggu hujan berhenti.

Tunggu Hujan berhenti sambil mengalas perut buat sementara  waktu

Hujan mula reda dan kami mula siapkan diri untuk perjalanan seterusnya

Setelah hujah teduh maka kami menghala ke pekan Karak untuk sarapan nasi lemak dan perjalanan pulang, kami melaluli Genting Sempah, dan Awana serta seterusnya melalui Ulu Yam.

Satu ride yang menyoronokkan selepas sebulan tak ride santai dalam satu group. Terima kasih buat rakan-rakan samada yang baru dikenali atau yang sudah lama bersama serta mohon maaf sekiranya ada tersalah silap semasa ride bersama.
Menanti rakan-rakan yang lain sampai sebelum berlepas ke pekan Karak

Thursday, 13 September 2012

Mambantu sambil bermoto

Terkini saya dan rakan-rakan telah dijemput untuk memeriahkan program di perkampungan orang asli di Negeri Sembilan. Walaupun programnya hanya balik hari namun seperti yang diketahui setiap trip tu berbeza. Maka setelah dikumpul alhamdulillah berjaya mengumpul sejumlah motosikal.

Allhamdulillah tercapai juga mengumpul sekumpulan moto yang berminat untuk sama-sama kedestinasi yang belum kami pergi lagi.

Dipertengahan jalan turun pulak hujan lebat yang menambahkan lagi keceriaan suasana perjalan tersebut. Kami berhenti untuk menyimpan barang yang tidak tahan basah untuk diletakkan ditempat yang selamat.


Alhamdulillah rakan-rakan dari Seremban turut menunggu dipertengahan perjalanan kami  dan seterusnya bergabung bersama kami yang menambahkan lagi jumlah motosikal yang menyertai serta kecerian bergerak kedestinasi dengan lebih meriah.

Sesampainya kami di perkampungan tersebut cuaca mula panas dan Allhamdulillah dapat berehat dengan nyaman apabila dapat berteduh dibawah bayangan pokok-pokok yang hidup subur di perkampungan tersebut

Kami disediakan makanan dan minuman untuk menghilangkan kepenatan serta menambah tenaga baru. Walaupun penat tapi kumpulan kami tetap seronok dan ceria berada di kampung tersebut

Acara seterusnya selepas solat Asar kami menziarah dari rumah kerumah untuk menjemput orang kampung ke balai raya untuk acara besoknya. Kami membantu rakan-rakan yang telah berada disana untuk memeriahkan suasana.

Kami juga bernasib baik kerana sehari sebelumnya ribut kuat telah melanda kampung tersebut yang begitu kuat hingga banyak pokok besar yang tercabut akarnya bukan setakat patah batangnya sahaja. Alhamdulillah semua penduduknya selamat dan dapat kami saksikan kebesaran Allah SWT.

Niat murni kami tercapai apabila kami dapat memeriahkan serta menceriakan penduduk disitu dengan membawa anak-anak kampung tersebut menaiki motosikal kami dengan membawa mereka keliling kampung tersebut. Mereka beruntung berbanding dengan saya dimana waktu dulu tidak ada yang mengadakan program motivasi sebegini dengan menaiki moto berkuasa tinggi.

Bagi menambahkan lagi semangat anak-anak di kampung tersebut kami mebiarkan anak-anak ini merasai sendiri bila berada diatas moto tersebut. Terpancar kecerian mereka apabila diberi menunggang moto secara statik. Keserokkan tersebut dapat dilihat dimuka wajah ibu bapa serta keluarga mereka

Terubat juga penat dan panas yang kami tempohi bila melihat keriangan anak-anak ini menikmati menunggang moto dan semoga mereka akan terus memasang cita-cita untuk belajar bersungguh bagi mengejar impian dan cita-cita mereka.

Wajah-wajah kegembiraan anak-anak yang inshaAllah berjaya di hari kemudian untuk menjadi warga negara Malaysia yang sentiasa berjaya di mata dunia

Ada ketikanya moto yang kami bawa tidak mencukupi sampai ada yang naik bertiga dan saya merasa kagum dengan rakan bikers yang menyertai program ini kerana mereka membenar dan membantu anak-anak ini menunggang moto secara statik milik mereka dengan penuh ceria yang mana kebiasaannya moto berkuasa tinggi ni dijaga penuh kasih sayang serta sentiasa berkeadaan bersih.

Sebahagian moto yang turut sama kekampung tersebut dimana sebelum meninggalakan kampung tersebut kami memberi peluang orang kampung megenali moto kami dengan lebih dekat lagi serta merasai sendiri duduk di atas moto tersebut.