Sunday, 30 September 2012

Z1000SX ke Tanjung Malim

Pada Ahad yang lepas 30/09/2012, kami seramai 12 riders telah menunggang secara santai ke Tangjung Malim dengan bermula di R&R Sungai Buluh. Seawal jam 8 pagi, seorang demi seorang telah mula sampai dan kami berbincang laluan yang akan dilalui.

Jam 9 pagi selepas berdoa serta setelah mengisi minyak kami telah mula bergerak ke Tanjung Malim dengan tujuan minum pagi disana dan sama-sama meraikan rakan kami yang baru memiliki Z1000SX. Cuaca baik sekali dengan tidak terlalu panas serta engin motor pun turun tidak berapa panas seperti menunggang diwaktu tengahari.

Setelah selesai bersarapan pagi di Tanjung Malim, kami bertolak balik ke KL melalui jalan lama ke Ulu Yam dimana diperjalanan tersebut banyak pokok dikiri dan kanan jalan menyebabkan menunggang motor agak selesa.

Allhamdulillah kami semua selamat pulang kerumah masing-masing dengan tiada perkara yang tidak diingini berlaku







1 comment:

  1. Ride weekend ini banyak memberi pengalaman riding skill ... best tu ... gaya bebas memang menyeronokkan ... ust versys 999+1

    ReplyDelete